Pakej Umrah Syukur sebagai lambang kesyukuran kami menyambut Ulangtahun ke-10 Imtiyaz Travel & Tours MALAYSIA di dalam industri Tanah Suci. Justeru, kami lancar kan Pakej Khas untuk semua Muslimin dan Muslimat Malaysia ke Tanah Suci Mekah untuk menginap di hotel yang dekat dengan Masjidil Haram di Mekah dengan harga yang amat rendah. Mereka pasti dapat sering meluangkan masa berharga di masjidil Haram.
Jemaah Umrah yang menyertai Pakej Umrah Syukur disediakan kemudahan berikut:
- Jadual berangkat bermula dari hujung November 2015 dan berakhir hujung April 2016.
- Tiket Kapal Terbang Kelas Ekonomi Emirates Airlines pergi balik (KUL-DXB-JED-DXB-KUL)
- Tiket Kapal Terbang Kelas Ekonomi pergi balik dari lapangan terbang terpilih.(Sila lihat dibawah)
- Penginapan tiga malam di Madinah di Hotel Fayrouz Season atau setaraf jarak 200-300 meter dari Masjid Nabawi
- Penginapan lima malam di Mekah di Hotel Hilton Tower jarak 50 meter dari dinding Masjidil Haram.
- Hidangan Makanan Masakan Melayu di Hotel Madinah.
- Hidangan Makanan Masakan Melayu di Hotel Mekah.
- Mutawif/Petugas Bimbingan Ibadat di Mekah dan Madinah.
- Pengangkutan darat dari lapangan terbang ke lapangan terbang.
- Ziarah Sekitar Madinah sekali.
- Ziarah sekitar Mekah sekali.
- Pengurusan visa Umrah.
- Air zamzam 5 liter
- Kursus dan Bimbingan Ibadat Umrah di Tanah Air.
Perkhidmatan Pakej Umrah Syukur tidak termasuk:
- Penggunaan peribadi seperti pengangkat beg,troli,telefon hotel dan sebagainya.
- Ziarah ke Hudaibiyah dan Muzeum Dua Tanah Suci (Jemaah berminat dikenakan caj tambahan SR15.00 seorang)
- Barangan Hadiah dan Kelengkapan Umrah.(Jemaah Umrah beli berasingan)
- Insuran Pengembaraan.
Tawaran Harga Yang Amat Murah : RM5990 seorang. Tambahan RM700 (Musim Cuti Sekolah) Lapangan Terbang Terpilih Kota Kinabalu/Tawau/Labuan dan Sandakan ke KLIA/Subang Kuching/Miri/Sibu dan Bintulu ke KLIA/Subang Penerbangan domestik sama ada Malaysia Airlines,Air Asia,MALINDO atau Firefly. Penginapan transit satu malam dalam perjalanan pergi (Tertakluk kepada jadual sambungan penerbangan antarabangsa)
Syarat Dan Maklumat Tambahan Pakej Umrah Syukur
- Pakej 9 HARI 8 MALAM @ 10 HARI 8 MALAM ( Bergantung kepada jadual penerbangan)
- TIADA penambahan hari/ubahsuai untuk Pakej Umrah Syukur
- Jemaah boleh memilih tarikh penerbangan tetapi tertakluk kepada kekosongan dan pindaan.
- Tarikh & Jadual Penerbangan akan dimaklumkan kepada Jemaah Umrah 35 hari sebelum tarikh berlepas tertakluk kepada pindaan
Pindaan Adalah Disebabkan:
- Pindaan dan Koata Visa oleh Kerajaan Arab Saudi.
- Pembatalan atau pindaan penerbangan oleh pihak syarikat penerbangan.
- Bilangan kumpulan Jemaah Umrah minimum 40 orang sekali berangkat.
- Dokumen visa yang lengkap hendaklah diserahkan 50 HARI sebelum tarikh berlepas, kelulusan visa tertakluk kepada Kerajaan Arab Saudi.
- Deposit RM 2500/SEORANG– bayar selepas pengesahan tempahan diterima.
- Bayaran Penuh 60 HARI sebelum berlepas.
- Polisi Pembatalan dan pemulangan wang:
- Pemulangan bayaran oleh pihak Imtiyaz Travel kepada Jemaah Umrah dalam tempoh 45hari bekerja.
- Permohonan pemulangan mesti disertakan dengan resit asal pembayaran.
- Pembatalan oleh pihak Imtiyaz Travel, Pengembalian Wang :100% dari Harga Pakej
- Pembatalan disebabkan bencana alam, rusuhan,peperangan, wabak penyakit dan sebagainya : Pemotongan sebagai Caj Pengurusan & Pentadbiran RM 500.
- Pembatalan oleh pihak Jemaah Umrah:
- 45hari > Sebelum tarikh berlepas : Dikenakan Caj Pengurusan & Pentadbiran RM 500
- 30hari < Sebelum tarikh berlepas : Hanya 20% sahaja dari harga pakej dikembalikan wang.
Maklumat tentang Visa Umrah sila rujuk kepada pegawai Imtiyaz Travel Bahagian Visa ( Encik Naim Ijas ~ HP: 012-348 2529)
No comments:
Post a Comment