Friday, 10 July 2015

Pakej Umrah Selesa




Pakej Umrah Selesa disediakan untuk Jemaah Umrah yang memerlukan kemudahan tempat tinggal yang sederhana dan jarak yang berpatutan untuk berulang alik berjalan kaki ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Jemaah Umrah yang menyertai Pakej Umrah Selesa menaiki pesawat Malaysia Airlines,Saudi Arabian Airlines, Ittihad Airways atau Emirates Airlines sebagai pilihan penerbangan anda.



Menarik untuk bakal Jemaah Umrah musim cuti sekolah November/Disember 2015, kami memilih pesawat Malaysia Airlines (MAS) Airbus 380 kapasiti 490 penumpang dan yang merupakan pesawat terbesar dunia masa kini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Hanya 40 Jemaah Imtiyaz Travel sahaja dalam satu penerbangan.



Jadual Berlepas sebagaimana berikut:



Batch 1:     23 November 2015     KUL-MED-JED-KUL      (Pergi Medinah-Balik Jeddah)
Batch 2:     26 November 2015     KUL-JED-MED-KUL      (Pergi Jeddah-balik Madinah)
Batch 3:     29 November 2015     KUL-JED-MED-KUL      (Pergi Jeddah-balik Madinah)
Batch 4:     02 Disember 2015    KUL-JED-MED-KUL      (Pergi Jeddah-balik Madinah)
Batch 5:     05 Disember 2015     KUL-MED-JED-KUL      (Pergi Madinah-Balik Jeddah)
Batch 6:     08 Disember 2015     KUL-MED-JED-KUL     (Pergi Medinah-Balik Jeddah)
Batch 7:     11  Disember 2015    KUL-MED-KUL-JED      (Pergi Medinah-Balik Jeddah)
Batch 8:     15 Disember 2015     KUL-JED-MED-KUL     (Pergi Jeddah-Balik Madinah)
Batch 9:     18 Disember 2015    KUL-JED-MED-KUL      (Pergi Jeddah-Balik Madinah)
Batch 10:   21 Disember 2015      KUL-MED-JED-KUL       (Pergi Madinah-Balik Jeddah)



* Jadual dan pesawat sah bermula tarikh diiklankan (29 Mei 2015)  dan tertakluk kepada perubahan dari pihak pembekal pesawat carter Malaysia Airlines.



* Andai terdapat perubahan,anda akan dipindahkan ke pesawat yang MAS/SAUDIA yang mendarat pergi balik melalui Jeddah ATAU pesawat Emirates Airlines yang pergi ke Jeddah balik melalui Madinah.



* Jadual bulan Januari 2016 hingga Mei 2016 akan dimaklumkan kemudian.



Dengan Menyertai Pakej Umrah Selesa , perkhidmatan untuk anda adalah termasuk:



    • Pilihan Jadual Berangkat Sepanjang Musim Umrah.
    • Tiket Kapal Terbang Kelas Ekonomi Malaysia Airlines.(Mendarat di lapangan terbang Madinah atau Jeddah)
    • Penginapan di Madinah jarak 100-200 meter dari Masjid Nabawi
    • Penginapan di Mekah jarak 250-350 meter dari Masjidil Haram,lazimnya di Hotel Saraya Ajyad,Saraya Iman atau setaraf.
    • Hidangan Makanan tiga kali sehari  Masakan Melayu di Hotel Madinah.
    • Hidangan Makanan tiga kali sehari Masakan Melayu di Hotel Mekah.
    • Mutawif/Petugas Bimbingan Ibadat mengiringi dari Malaysia pergi dan balik(Berlepas dan balik dari KLIA)
    • Pengangkutan darat dari lapangan terbang ke lapangan terbang.
    • Ziarah Sekitar Madinah sekali  dan sekitar Mekah dua kali (Peluang mengerjakan Umrah minimum tiga kali)
    • Pengurusan visa Umrah.
    • Barangan cenderahati dan kelengkapan Umrah.


Perkhidmatan Pakej Umrah Selesa tidak termasuk:



    • Penggunaan peribadi seperti pengangkat beg,troli,telefon hotel dan sebagainya.
    • Insuran Pengembaraan Berkelompok.
    • Lebihan timbangan bagasi di lapangan terbang.

      Harga : RM 6190 seorang (Perkongsian bilik berempat)

Tambahan : RM 500 seorang Pakej Umrah Selesa pada Musim Cuti Sekolah.

Harga Kanak-Kanak : Potongan 20% lebih rendah dari harga dewasa.

Deposit : RM 1000 ketika mendaftar.



Berkumpulan 20 Jemaah, pihak Imtiyaz berhak menasihati Jemaah Umrah yang kurang dari minimum kumpulan pinda ke penerbangan berikutnya atau berdaftar ke Pakej Umrah Persendirian dengan harga yang berbeza. Sila rujuk jadual kekosongan dalam jadual tempahan yang disediakan.


Maklumat tentang Visa Umrah sila rujuk kepada pegawai Imtiyaz Travel Bahagian Visa ( Encik Naim Ijas ~ Tel: 03 5545 1091)

No comments:

Post a Comment