Friday, 10 July 2015

MENGENAI KAMI

Kenali Imtiyaz Travel

Imtiyaz Travel & Tours Malaysia adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh bumiputra Melayu Islam dan diperbadankan pada tahun 1995 di Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman. Peringkat awal penubuhan,urusniaga Imtiyaz adalah sebagai pengendali Umat Islam Malaysia ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan Haji atau Umrah. Oleh yang demikian menjelang tahun 2015,Imtiyaz Travel telah berpengalaman selama sepuluh tahun dalam industri ke Tanah Suci.

Imtiyaz mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mengendalikan Pelancongan ke Luar Negara (Outbound), Pelancongan Dalam Malaysia (Inbound) dan Tiketing bermakna bidang yang layak untuk Imtiyaz melebarkan khidmat kepada masyarakat adalah lebih luas. Justeru, perniagaan kami bukan setakat destinasi ke Tanah Suci sahaja, bahkan kami turut mengendalikan pelanggan ke seluruh destinasi seantero dunia mencakupi pakej pelancongan, hotel,transport,visa, aksesori pelancongan dan sebagainya. Kami yakin dapat memenuhi keperluan anda untuk perjalanan dan pengembaraan anda dengan pengalaman perkhidmatan kami.

Menjelang tahun 2012, Imtiyaz telah melangkah ke persada negara apabila cawangan-cawangan Imtiyaz di negeri-negeri utama seluruh Malaysia mula dirintis.  Bermula pendaftaran cawangan Imtiyaz Travel Gombak,Kuala Lumpur,  kami dengan gagah melangkah ke Kota Bharu Kelantan, Shah Alam Selangor,Kuantan Pahang dan Kota Kinabalu Sabah. Disamping Pusat Pusat Jualan turut dibuka di Butterworth Pulau Pinang,Bandar Sunway dan Bangi Selangor, Ampang Kuala Lumpur. Kami turut dibantu oleh para Wakil Imtiyaz/Ejen yang begitu gigih bersama sama kami membantu pelanggan.Semua ini disediakan agar kami dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan Imtiyaz Travel dan menjayakan visi,misi dan nilai-nilai murni yang menjadi akujanji kami dengan para pelanggan.



Visi Imtiyaz Travel
Imtiyaz menjadi agensi pelancongan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa dalam merealisasikan kepuasan pelanggan.

Misi Imtiyaz Travel
Imtiyaz menyediakan perkhidmatan yang profesional dan beretika melalui produk yang berkualiti bagi menjadi pilihan utama pelanggan walau di mana kami beroperasi.

Imtiyaz mengiktiraf bahawa kakitangan kami mempunyai komitmen yang tinggi dan berkebolehan dalam fungsi asas masing-masing untuk memastikan kepuasan pelanggan terjamin. Justeru, Imtiyaz sentiasa membangunkan kredibiliti dan keupayaan kakitangan serta mewujudkan suasana persekitaran kerja yang lebih kondusif agar mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.



Nilai-Nilai Utama Yang Kami Impikan
Kegembiraan Pelanggan Pelanggan ialah penentu terakhir kepada kualiti dan kecemerlangan produk yang Imtiyaz tawarkan. Imtiyaz tidak hanya fokus kepada memenuhi kehendak dan kepuasan hati pelanggan tetapi Imtiyaz cenderung untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang melangkaui jangkaan pelanggan.

Hormat Imtiyaz akan berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang harmoni dengan menerapkan nilai saling menghormati antara satu sama lain dalam syarikat dan juga rakan niaga serta masyarakat secara amnya.

Cemerlang Kecemerlangan akan menjadi satu cara hidup Imtiyaz dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Inovasi dan Peningkatan Berterusan Imtiyaz akan terus inovasi dan membuat peningkatan berterusan seiring dengan perubahan kehendak dan keperluan pelanggan.

Tanggungjawab Sosial Imtiyaz komited untuk focus kepada keperluan sosial dan menjadi inspirasi kepada masyarakat sekitar.



Pencapaian & Pengiktirafan Imtiyaz
Imtiyaz Travel adalah syarikat Pelancongan yang beroperasi secara sah dan menjunjung undang-undang dan peraturan di Malaysia. Berpaksikan garis panduan yang di keluarkan oleh pihak berkuasa,Imtiyaz memgang amanah untuk menjadi operator pelancongan yang professional dan dinamik. Dilampirkan Lesen-Lesen dan Sijil Sijil pengiktirafan Imtiyaz Travel sebagai lambang komitmen kami dalam industri pelancongan negara.

Pakej Umrah Syukur (Semenanjung Malaysia)




Pakej Umrah Syukur sebagai lambang kesyukuran kami sempena menyambut Ulangtahun ke-10 Imtiyaz Travel & Tours MALAYSIA di dalam industri Tanah Suci. Justeru, kami lancar kan Pakej Khas untuk semua Muslimin dan Muslimat Malaysia ke Tanah Suci Mekah untuk menginap di hotel yang dekat dengan Masjidil Haram di Mekah dengan harga yang amat rendah. Mereka pasti dapat sering meluangkan masa berharga di Masjidil Haram.

Pakej Umrah Syukur (Sabah & Sarawak)



Pakej Umrah Syukur sebagai lambang kesyukuran kami menyambut Ulangtahun ke-10 Imtiyaz Travel & Tours MALAYSIA di dalam industri Tanah Suci. Justeru, kami lancar kan Pakej Khas untuk semua Muslimin dan Muslimat Malaysia ke Tanah Suci Mekah untuk menginap di hotel yang dekat dengan Masjidil Haram di Mekah dengan harga yang amat rendah. Mereka pasti dapat sering meluangkan masa berharga di masjidil Haram. 

Pakej Umrah Selesa




Pakej Umrah Selesa disediakan untuk Jemaah Umrah yang memerlukan kemudahan tempat tinggal yang sederhana dan jarak yang berpatutan untuk berulang alik berjalan kaki ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Jemaah Umrah yang menyertai Pakej Umrah Selesa menaiki pesawat Malaysia Airlines,Saudi Arabian Airlines, Ittihad Airways atau Emirates Airlines sebagai pilihan penerbangan anda.

Pakej Umrah Rakyat



Pakej Umrah Rakyat disediakan untuk Jemaah Umrah yang memilih untuk kos yang lebih rendah. Walaupun jarak hotel di Mekah lebih jauh dari Masjidil Haram  berbanding Pakej Umrah Selesa namun kawasan Misfalah yang menjadi lokasi Pakej Umrah Rakyat ini lebih landai dan senang untuk berjalan kaki.

Pakej Umrah Persendirian - VIP



Pakej Umrah Persendirian-VIP  direka khusus untuk Jemaah Umrah yang memerlukan suasana mengerjakan umrah dengan lebih bebas, privasi dan bukan berkumpulan. Lazimnya penginapan di Madinah dan Mekah di hotel lima bintang berhampiran Masjidil Haram dan masjid Nabawi. Jemaah Pakej Umrah Persendirian-VIP ini bebas memilih tarikh berangkat, jumlah hari,jenis syarikat penerbangan, hotel , bersama sajian makanan atau tanpa makan, jenis pengangkutan darat sama ada kereta atau van dan sebagainya.  Anda hanya beritahu kehendak anda, dan kami berusaha menyempurnakannya. Ringkasnya Pakej ini berkonsep Tailor Made. 

Pakej Umrah & Ziarah Istanbul




Pakej Umrah Dan Ziarah Istanbul ialah gabungan lawatan ke Istanbul Turkey di perjalanan anda mengerjakan Umrah. Istanbul adalah bandaraya yang menyimpan sejarah ketamadunan Islam yang pasti anda akan teruja dengan sejarah dan keindahan bekas ibu kota Empayar Othmaniah yang pernah menguasai dunia suatu waktu dahulu.


Pakej Umrah & Ziarah Cairo


Pakej Umrah dan Ziarah Cairo atau Kaherah merupakan ibu negara kepada Republik Arab Mesir. Cairo antara bandaraya purba yang masih lagi bertahan hingga sekarang dan menjadi bandaraya terbesar berpenduduk paling ramai  di sebelah utara Afrika. Pakej Umrah dan Ziarah Cairo amat sesuai kepada mereka yang berminat dengan sejarah dan hal ehwal pemerintahan Islam kerana peradabannya telah wujud semenjak zaman Nabi Musa berdakwah kepada Maharaja Firaun. Lazimnya lawatan ke Cairo turut pergi ke Alexandria atau Iskandariah yang merupakan bandaraya ke dua terbesar di sana.

Pakej Umrah Semi VIP


Pakej Umrah Semi-VIP  direka khusus untuk Jemaah Umrah yang memerlukan penginapan hotel lima bintang berhampiran Masjidil Haram dan hotel yang dekat dengan Masjidi Nabawi dengan tahap harga yang rendah. Berbeza dengan Pakej Umrah Persendirian-VIP yang lebih privasi dan santai tetapi agak mahal, Pakej Umrah Semi-VIP bergerak secara berkumpulan atau serombongan dan diiringi Mutawif dari tanahair dan penerbangan kelas Ekonomi.