Kenali Imtiyaz Travel
Imtiyaz Travel & Tours Malaysia adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh bumiputra Melayu Islam dan diperbadankan pada tahun 1995 di Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman. Peringkat awal penubuhan,urusniaga Imtiyaz adalah sebagai pengendali Umat Islam Malaysia ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan Haji atau Umrah. Oleh yang demikian menjelang tahun 2015,Imtiyaz Travel telah berpengalaman selama sepuluh tahun dalam industri ke Tanah Suci.
Imtiyaz mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mengendalikan Pelancongan ke Luar Negara (Outbound), Pelancongan Dalam Malaysia (Inbound) dan Tiketing bermakna bidang yang layak untuk Imtiyaz melebarkan khidmat kepada masyarakat adalah lebih luas. Justeru, perniagaan kami bukan setakat destinasi ke Tanah Suci sahaja, bahkan kami turut mengendalikan pelanggan ke seluruh destinasi seantero dunia mencakupi pakej pelancongan, hotel,transport,visa, aksesori pelancongan dan sebagainya. Kami yakin dapat memenuhi keperluan anda untuk perjalanan dan pengembaraan anda dengan pengalaman perkhidmatan kami.
Menjelang tahun 2012, Imtiyaz telah melangkah ke persada negara apabila cawangan-cawangan Imtiyaz di negeri-negeri utama seluruh Malaysia mula dirintis. Bermula pendaftaran cawangan Imtiyaz Travel Gombak,Kuala Lumpur, kami dengan gagah melangkah ke Kota Bharu Kelantan, Shah Alam Selangor,Kuantan Pahang dan Kota Kinabalu Sabah. Disamping Pusat Pusat Jualan turut dibuka di Butterworth Pulau Pinang,Bandar Sunway dan Bangi Selangor, Ampang Kuala Lumpur. Kami turut dibantu oleh para Wakil Imtiyaz/Ejen yang begitu gigih bersama sama kami membantu pelanggan.Semua ini disediakan agar kami dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan Imtiyaz Travel dan menjayakan visi,misi dan nilai-nilai murni yang menjadi akujanji kami dengan para pelanggan.
Visi Imtiyaz Travel
Imtiyaz menjadi agensi pelancongan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa dalam merealisasikan kepuasan pelanggan.
Misi Imtiyaz Travel
Imtiyaz menyediakan perkhidmatan yang profesional dan beretika melalui produk yang berkualiti bagi menjadi pilihan utama pelanggan walau di mana kami beroperasi.
Imtiyaz mengiktiraf bahawa kakitangan kami mempunyai komitmen yang tinggi dan berkebolehan dalam fungsi asas masing-masing untuk memastikan kepuasan pelanggan terjamin. Justeru, Imtiyaz sentiasa membangunkan kredibiliti dan keupayaan kakitangan serta mewujudkan suasana persekitaran kerja yang lebih kondusif agar mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Nilai-Nilai Utama Yang Kami Impikan
Kegembiraan Pelanggan Pelanggan ialah penentu terakhir kepada kualiti dan kecemerlangan produk yang Imtiyaz tawarkan. Imtiyaz tidak hanya fokus kepada memenuhi kehendak dan kepuasan hati pelanggan tetapi Imtiyaz cenderung untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang melangkaui jangkaan pelanggan.
Hormat Imtiyaz akan berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang harmoni dengan menerapkan nilai saling menghormati antara satu sama lain dalam syarikat dan juga rakan niaga serta masyarakat secara amnya.
Cemerlang Kecemerlangan akan menjadi satu cara hidup Imtiyaz dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Inovasi dan Peningkatan Berterusan Imtiyaz akan terus inovasi dan membuat peningkatan berterusan seiring dengan perubahan kehendak dan keperluan pelanggan.
Tanggungjawab Sosial Imtiyaz komited untuk focus kepada keperluan sosial dan menjadi inspirasi kepada masyarakat sekitar.
Pencapaian & Pengiktirafan Imtiyaz
Imtiyaz Travel adalah syarikat Pelancongan yang beroperasi secara sah dan menjunjung undang-undang dan peraturan di Malaysia. Berpaksikan garis panduan yang di keluarkan oleh pihak berkuasa,Imtiyaz memgang amanah untuk menjadi operator pelancongan yang professional dan dinamik. Dilampirkan Lesen-Lesen dan Sijil Sijil pengiktirafan Imtiyaz Travel sebagai lambang komitmen kami dalam industri pelancongan negara.